I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 17 May 2011

KESESUAIAN PENAPIS HABA (TINTED)



Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa kini. Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2 perkara iaitu:
  1. Cahaya ultra-violet
  2. Haba panas
Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan kepada penglihatan!
Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena dengan filem itu. Ada kebarangkalian filem penapis haba yang sebegini memang tidak elok digunakan dan berbahaya! Bagi mengelakkan setuasi sebegini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.
Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan adalah ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan lain tanpa mengganggu penglihatan. Ini amat berguna bagi tujuan pemanduan di waktu malam. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan!
Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.
Rata-rata hanya mahu cermin gelap dan kurang haba dalam kereta. Sebetulnya, setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan.


No comments:

Post a Comment